Tuesday, November 16, 2010

 Damia....menghitung hari.....for her 1st Birthday...
 Preparation for Damia's 1st Birthday..!!


Tak sabar rasanya untuk sambut Birthday Damia...walau disambut secara sederhana..harapanku Damia happy on her birthday...!!

Hari Raya Aidiladha 2010

Hari ini rutin Damia seperti biasa...Memulakan aktiviti pertama di awal pagi...Tangan kecil Damia menepuk dada daddy kesayangnya berkali-kali sambil ketawa riang...dengan harapan daddy bangun bermain dengannya...
Ku memulakan aktiviti dengan memasak ketupat, kuah lontong, dan sambal udang. Resipi negeri Melaka dari Umi Wan.  Tahun ini Aidiladha tidak disambut bersama keluarga.  Tetapi Damia tetap rasa beraya sebab ada juadah raya yang kusediakan.  Damia memang gemar ketupat nasi dan akan merengek-rengek manja sekiranya melupakan dia di meja makan.

Sekarang Damia tidur nyenyak setelah separuh hari letih bermain-main. Sekejap lagi aktiviti paling digemari Damia akan bermula lagi, berkunjung ke rumah kawan-kawan yang senasib dengan ku.  Damia memang akan gelisah sekiranya seharian terperuk di rumah..Sebab itulah..dalam sehari mesti kena bawa Damia keluar untuk menghiburkan hati Damia...!!